Apa Itu Islam?
Islam dari segi bahasa ialah
tunduk dan menyerah kepada Allah Taala. Dari segi syarak pula ialah
agama yang dibina di atas lima asas (Rukun Islam) iaitu:
01.
(penyaksian) bahawa tiada tuhan melainkan Allah Taala dan bahawasanya
Nabi Muhammad S.A.W. itu utusan Allah Taala (Rasulullah S.A.W.).
02. Mendirikan solat fardhu lima kali sehari di dalam waktunya dengan rukun dan syarat yang sempurna.
03. Mengeluarkan zakat setelah cukup kadar dan waktunya.
04. Berpuasa di bulan Ramadhan.
05. Menunaikan haji sekali seumur hidup bagi sesiapa yang berkemampuan.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Islam dibina di atas lima perkara:
Penyaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu utusan
Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah
dan puasa bulan Ramadhan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).